Selasa, 21 Jun 2011

Kerana CintaNYA


Aku memilihnya antara mereka
Yang menundukkan pandangannya
Yang rendah hatinya
Yang tulus hatinya
Bukanlah sehebat Sang Raja milik Balqis
Tidak juga sehebat Sang Pentafsir mimpi milik Zulaikha
Apatah lagi Khatimul Anbiya’ milik Khadijah
Dia hanya insan biasa
Tapi bagiku dia luar biasa
Kasih sayangnya
Kesabarannya
Ketulusan hatinya
Bukan pura-pura
Bersih wajahnya
Mendamaikan jiwa
Saat diri alpa
Dia setia menyapa
Bagai tongkat pada si buta
Cintanya kerana cintaNya
Kerana cintaNya aku milik dia
Kerana cintaNya aku memilih dia
Dialah suami bidadara syurga