Tutuplah Aib Saudara Islammu


Sebagai seorang insan biasa, kita tidak akan terlepas dari melakukan dosa. Baik dosa mata, dosa tangan, kaki, telinga, mulut, hati... pendek kata kita amat terdedah melakukan dosa samada secara sedar ataupun tidak. Dosa yang berpunca dari mulut ibarat tajamnya pedang. Benarlah kata pepatah, kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.

Seronoknya mengumpat! Ya, memang seronok. Apatah lagi bila masuk bab membuka keaiban orang lain. Syaitan bersorak kemenangan! Maka, beringatlah kita sebagai umat Islam. Maruah seorang Islam yang lain adalah suatu perkara yang sangat perlu dijaga.

Allah s.w.t telah memberi peringatan kepada manusia melalui firman-Nya di dalam Surah al-Hujurat, ayat 12:

$pkšr'¯»tƒ tûïÏ%©!$# (#qãZtB#uä (#qç7Ï^tGô_$# #ZŽÏWx. z`ÏiB Çd`©à9$# žcÎ) uÙ÷èt Çd`©à9$# ÒOøOÎ) ( Ÿwur (#qÝ¡¡¡pgrB Ÿwur =tGøótƒ Nä3àÒ÷è­ $³Ò÷èt 4 =Ïtär& óOà2ßtnr& br& Ÿ@à2ù'tƒ zNóss9 ÏmŠÅzr& $\GøŠtB çnqßJçF÷d̍s3sù 4 (#qà)¨?$#ur ©!$# 4 ¨bÎ) ©!$# Ò>#§qs? ×LìÏm§ ÇÊËÈ

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan daripada prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah dosa dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati ? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang.

Rasulullah s.a.w juga telah berpesan kepada umatnya betapa perlunya memelihara lidah dan anggota badan daripada mendedahkan keaiban dan keburukan orang Islam yang lain. Adakalanya gerak-geri badan juga boleh menyebabkan orang lain tahu akan keaiban dan keburukan orang lain selain daripada kata-kata. Sabda Rasulullah s.a.w :

مَنْ سَتَرَ عَوْرَةَ أَخِـيْهِ سَتَرَ اللهُ عَوْرَتَهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَمَنْ كَشَفَ عَوْرَةَ أَخِـيْهِ الْمُسْلِمِ كَشَفَ اللهُ عَوْرَتَهُ حَتَّى يَفْضَحَهُ بِهَا فِي بَيْـتِهِ

Maksudnya: Sesiapa yang menutup keaiban (keburukan) saudaranya, Allah s.w.t akan menutup keaibannya pada hari kiamat, dan sesiapa yang mendedahkan keaiban saudaranya yang Islam, Allah s.w.t akan mendedahkan keaibannya, sehingga dia akan dimalukan di dalam rumahnya sendiri.     (HR Ibnu Majah)

Menjaga Maruah
Sesungguhnya, maruah seseorang Islam itu adalah amat tinggi dan mulia. Dalam sebuah hadith, Rasulullah s.a.w menerangkan tentang balasan baik yang akan diperolehi oleh individu yang menjaga dirinya daripada mendedahkan keaiban orang Islam yang lain dengan sabdaannya:

مَنْ سَتَرَ عَلَى مُسْلِمٍ سَتَرَهُ الله ُ فِي الدُّنْيَا وَالأَخِرَةِ وَالله ُ فِي عَوْنِ الْعَبْدِ مَا كَانَ الْعَبْدُ فِي عَوْنِ أَخِـيْهِ

Maksudnya: Sesiapa yang menutup keaiban saudara Islamnya, Allah s.w.t akan menutup keaibannya (keburukannya) di dunia dan di akhirat. Dan Allah s.w.t akan menolong hamba-Nya selagi hamba-Nya itu menolong saudaranya.   (HR Muslim)

Sebenarnya terdapat banyak lagi ayat al-Qur’an dan hadith Rasulullah s.a.w yang mempunyai maksud yang sama dengan ayat al-Qur’an dan hadith-hadith yang telah dinyatakan. Ringkasnya, setiap individu Islam termasuklah diri kita semua sangat perlu menyembunyikan keaiban seseorang iaitu tidak mendedahkannya kepada orang lain tanpa keperluan yang dibenarkan oleh syarak demi menjaga maruahnya. Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda :

“Sesiapa yang tidak menolong saudara Islamnya ketika maruahnya dijatuhkan dan dihina, maka Allah s.w.t tidak akan menghiraukannya ketika dia memerlukan pertolongan.”   (HR Abu Daud)

Nahi Mungkar
Begitu juga dalam usaha al-nahyu ‘an al-mungkar iaitu mencegah kemungkaran, amatlah penting ke atas setiap individu muslim agar tidak mendedahkan keaiban seorang Islam yang lain. Ini tidaklah bermakna bahawa kita tidak boleh menegah orang daripada perkara mungkar. Sebenarnya, apa sahaja kemungkaran yang dilakukan secara sembunyi hendaklah ditegah secara sembunyi, manakala kemungkaran yang dilakukan secara terang-terangan seharusnya dicegah secara terang-terangan. Di samping itu, semasa mencegah kemungkaran, maruah dan kehormatan individu itu mesti dijaga sedaya mungkin. Sekiranya tidak, maka bukannya pahala sahaja yang hilang malah dosa pula yang akan diperolehi.

Walaubagaimanapun, setiap kemungkaran perlu dicegah kerana amaran keras telah dinyatakan sebelum ini tentang hal ini. Namun, semasa mencegah kemungkaran, sangat penting dijaga sedaya mungkin akan maruah seorang Islam. Apabila maksiat itu dilakukan secara terang-terangan maka tanpa ragu-ragu cegahlah maksiat tersebut secara terang-terangan tetapi mana-mana kemungkaran yang tidak dihebohkan oleh pelakunya sendiri maka cegahlah kemungkaran itu dengan satu cara yang baik agar tidak ada satu keadaan pun yang boleh menyebabkan berita kemungkaran itu tersebar melalui perantaraan kita.

Adab Berdakwah
Sesungguhnya mengajak kepada kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran atau dakwah adalah tanggungjawab setiap individu muslim sama ada lelaki mahupun perempuan. Antara adab dalam berdakwah ialah bercakap dengan lemah-lembut dan bersopan. Apabila seorang pendakwah telah terkasar bahasa ketika menasihati Khalifah Ma’mun al-Rashid, beliau telah berkata: “ Berlemah-lembutlah terhadap saya kerana apabila Allah s.w.t menghantar orang yang lebih baik daripada kamu iaitu Nabi Musa a.s dan Nabi Harun a.s kepada orang yang lebih buruk daripada saya iaitu Firaun, maka Allah s.w.t telah berfirman dalam surah Taha ayat 44:

Ÿwqà)sù ¼çms9 Zwöqs% $YYÍh©9 ¼ã&©#yè©9 ㍩.xtFtƒ ÷rr& 4Óy´øƒs ÇÍÍÈ
Maksudnya: Kemudian hendaklah kamu berkata kepadanya dengan kata-kata yang lemah-lembut supaya dia sedar atau berasa takut.

Satu lagi kisah yang boleh dijadikan pengajaran dalam hal ini iaitu hadith yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad bin Hanbal;

Seorang pemuda telah menemui Rasulullah s.a.w dan memohon: “Izinkanlah saya melakukan zina.” Para sahabat r.a tidak dapat bersabar lalu memarahinya. Nabi s.a.w berkata kepada pemuda itu: “Hampirlah ke sini”. Kemudian baginda s.a.w bersabda: “Adakah kamu ingin orang berzina dengan ibumu? Jawabnya: “Tidak sekali-kali. Semoga Allah s.w.t menjadikan saya tebusan tuan.” Lalu Baginda s.a.w bersabda: “Demikian juga orang lain pun tidak ingin perkara tersebut berlaku kepada ibunya.” Kemudian Rasulullah s.a.w bertanya lagi: “Adakah kamu suka anak perempuanmu dizina?” Dia menjawab dengan jawapan yang sama. Lalu Baginda s.a.w pun bersabda: “Demikian juga orang lain pun tidak ingin perbuatan itu dilakukan terhadap anak perempuan mereka.” Seterusnya Nabi s.a.w bertanya soalan yang serupa terhadap saudaranya yang perempuan dan ibu saudaranya. Bagi setiap soalan itu dia menjawab: “Tidak. Semoga Allah s.w.t menjadikan saya tebusan tuan.” Lalu Baginda s.a.w meletakkan tangannya yang mulia di atas dada pemuda itu seraya berdoa: “Ya Allah, sucikanlah hatinya, ampunkanlah dosanya dan peliharalah kemaluannya daripada maksiat.” Perawi hadith ini berkata bahawa selepas peristiwa itu, tiada sesuatu yang lebih dibenci oleh pemuda tersebut melainkan zina.

Justeru itu, kita hendaklah berusaha untuk memperbaiki diri kita dan orang lain melalui berdoa, memberi nasihat, berlemah-lembut dan bersopan-santun, dengan membayangkan ‘sekiranya aku berada di tempatnya, bagaimana cara yang aku suka dinasihati oleh orang lain…? Semoga Allah s.w.t memelihara kita semua daripada mencemar maruah orang Islam yang lain dan mengurniakan sifat mulia dan akhlak yang tinggi kepada kita agar hidup kita bahagia di dunia dan bahagia juga di akhirat, amin.

Wallahua’lam.

Tiada ulasan: